Saturday 21 January 2012

Allah merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:

SAHABAT UMAR BIN AL – KHATTAB R.A. BERKATA:

Allah merahsiakan 6 perkara kepada hambanya disebabkan 6 perkara iaitu:
1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti / taat.
2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agarhambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat / mengenal / merasa bosan.
3) Allah merahsiakan wali – walinya / hamba hambanya yang soleh kepadaorang banyak agar mereka tidak dipuja – puja / disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya karena wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.
4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh.
5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto / sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto).
6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya.

No comments:

Post a Comment